Wednesday, 29 July 2015

Amankah Kamu ????

Moga Allah bagi Hidayah untuk aku Dan kamu...

-amankah Kamu ???

Sedangkan maksiat makin berleluasa..
Sedangkan  hukum Allah diabaikan..
Sedangkan 'puncak' menindas 'hamparan'

Amankah Kamu ??
Sedangkan jiwa makin lalai,
Sedangkan hati makin kotor,
Sedangkan nafsu makin disanjung...

Amankah kamu..
Amankah Kamu..
Amankah Kamu....

Ayuh kembali ke fitrah,
Sebelum terlambat...

Jangan menunggu bala datang,
Jangan menunggu ajal menjemput..

Kelak menyesal , merana tiada guna..

...moga Allah santuni aku Dan Kamu dengan sebaik2 Santunan Dan Kasih sayang...

Kalam hati Hana ..




Tuesday, 14 July 2015

Langkah.



kamu kuat.
teruskanlah langkahmu duhai daie.
biarpun dirimu dihina,dimaki mahupun diusir
teruslah berkata benar.
teruslah berdakwah.

Allah pasti bersamamu.

semoga Allah menyantuni kita semua.


Saturday, 11 July 2015

Ukhuwah






Ukhuwah.

Ukhuwah itu persis seutas tasbih,ada awal tiada penghujungnya.Dicipta untuk mengingatiNYA , dicantum demi cintaNYA,diratib demi RedhaNYA.

Indeed.

Itulah ukhuwah fillah.

lahirnya bukan dibibir,tapi lahirnya dari pesada hati yang tulus suci .
Ukhuwah fillah sejati,mengajak teman mencari CintaNya dan RedhaNya yang hakiki bukan membawa temannya ke kancah kemaksiatan bahkan bukan ke lembah kebinasaan yang sia - sia. 

Ukhuwah yang terbina bertiangkan iman dan Taqwa.

Biarpun jurang usia yang berbeza,aku berukhwah dengan kalian hanya kerana Allah.

uhibbukum fillah aidan.

Semoga ukhuwah kita dipelihara Allah hingga ke Syurga.


Friday, 10 July 2015

Aku dan Usrah





Usrah ??

Bulatan yang kecil dipandang manusia,tetapi membawa 1001 hikmah.

Aku mula dikenalkan usrah saat usia mencecah 16 tahun.
Disitu aku menerokai dunia hijrah.
Disitu jua aku menerokai diri.

Diri yang mulanya  hampir jauh terpesong,
Diri yang mulanya hampir terjatuh dibawa arus.

kehadiran usrah merubah aku.
kehadiran usrah ibarat pelangi buatku.

sungguh indah.
sungguh cantik.

itu usrah buat aku.

kini,aku menjejaki tahun ke 5 aku berusrah.

ohh,aku sudah jatuh cinta dengan usrah....


semoga Allah melindungi dan menjaga kita .



Thursday, 9 July 2015

Aku dan Tarbiyah



Indeed..

Tarbiyah jua tidak perlukan aku tapi akulah yang memerlukan tarbiyah.
Tanpa tarbiyah,aku rebah,aku kelam ibarat lesapnya cahaya di seluruh pelusuk dunia.

Indah sungguh hidup dalam tarbiyah.
kerana tarbiyah menujukkan jalan.
kerana tarbiyah menyahut tangan,
ke jalanNya.

Aku hanya insan biasa,perlu dibimbing dalam mencari CintaNya.
yea,kamu jua,
perlu dibimbing,
perlu disantuni.


Semoga Allah santuni kita .







Mawar




Subhanallah..
Indah sungguh apabila dipandang,
Namun perlu berhati - hati apabila ingin menyentuh.

Muslimah,
Jadilah mawar yang berduri,yang mana durinya tajam bahkan lebih lebih tajam dari senjata tajam. 




Semoga Allah rahmati kita semua.