Tuesday, 22 November 2016

Pengorbanan

 

"Berkorbanlah kerana  Allah,.Sehingga kamu merasai nikmat pada pengorbanan itu

 

Yakni,

kepuasan iman"

 

Allah... Terdeep seketika..

Kata2 itu hadir tenangkan jiwa.

Sebagai ubat ketika kesakitan..

 

Terima kasih ummi,

Mengingati aku erti pengorbanan.

 

Dunia tempat bersusah payah,

 

Akhirat tempat kesenangan.

Wednesday, 26 October 2016

Nota Cinta

"Kena belajar bukakan hati.Kadang kita xnak susahkan orang tapi itulah yang menyusahkan sebenarnya,

Orang boleh je abaikan kita,tapi kenapa dia memilih untuk turn back ,tgok kita ?

Enti tahu kenapa ?

 

Kasih sayang.

Belajarlah.

Jujur aku katakan, kejadian ini menguji aku.Aku memilih separate dengan sahabatku ditempat orang, ketika keputusan ini aku ambil atas dasar pendirian diri.Yakinnya aku akan keputusan yang aku ambil ini benar, tidak menyusahkan orang pada mata kasarnya, tetapi dari mata ukhuwah yang ikhlas aku telah menyusahkan orang.menyusahkan akan sahabatku .

aku memilih pulang ke kampus bersedirian dan membiarkan dia pulang menaiki bas u.

 Perjalanan aku yang tika itu memang diiringi dengan tangisan.Air mataku tidak pernah berhenti mengalir sepanjang perjalanan sehingga sampainya aku dikampus.

Penat.

Sangat penat.

Tika itu aku rasa aku keseorangan.

Takut.

Sangat takut.

Hati ku resah, memohon agar Allah lindungi aku selalu.

Manakah tidak ,

Bersama orang sekeliling yang aku tidak kenal sama sekali.

 

Maafkan aku teman.

Ketakutan dan pendirian tegasku telah menyakiti kamu.

 

Tindakan aku ini ditegur Tuhan,

Melalui kata2 diatas.

 

Moga Aku belajar dari kesilapan.

 

 

 

Pesan Ummi

Positif dan bersangka baik.

(Ummi,2015)

 

Setahun sudah kata2 ummi ini tapi sampai sekarang ia masih mengetarkan jiwa .

Ingat kembali,

Saat itu aku longlai tika diuji dengan rakan serumahku.

Diuji mental yang memerlukan kecekalan hati.

Kesabaran teruji dengan bisikan - bisikan halus.

Tak tertahan dibuatnya,

Bertemu ummi,

Melepaskan segalanya,

Menangis sambil terketar2 dibuatnya.

 

Balas ummi,

Positif dan bersangka baik.

 

Perghhh, rasa tersentap terus.

Ketenangan hadir selepas itu.

Ibarat tak pernah longlai  apabila diuji setelah mendengar bisikan ummi.

 

Ya, itu kata dari hati.

Untuk hati.

 

Terima kasih ummi ku sayang !

Kerana selalu ada untuk kami .

Moga Allah jaga ummi selalu,

Monday, 15 August 2016

Rindu ?

  

Aku tertanya -  tanya apakah itu rindu ?

Adakah ia dikatakan seperti " Mandi tidak basah , tidur tidak lena, makan tidak kenyang " ?

Itu rindu ?

Arghhh, tidak dapat aku analisisnya !

Persis jiwa yang meronta-meronta mencari kebaikan ?

Adakah itu jua rindu ?

Atau,

Hati yang terkapai-kapai dahagakan cinta ?

Itu rindu ?

Jika itu rindu, aku pasti 'terjebak' dengan rindu ini.

Rindu mencari kebaikan !

Kini kebaikan itu makin menipis di dadaku !

Rindu mencari cinta Tuhan Yang Agong !

 yang kini aku telah pudarkan nilai cinta itu dengan dosaku.

 

Allah.

Bawa aku kembali kepada Mu.

Ampunilah aku . 

 

1BC7898BB7B8DA68451763A92E7899F2.png

 

Wednesday, 7 October 2015

ITu ketenangan



Indeed.
Kebergantungan hanya pada Allah itu ketenangan.

Sangat luar biasa.
U will feel it.

Thursday, 24 September 2015

2018

   
Harap.
Settle semuanya.

Semoga Allah permudahkan urusan aku dan kamu.

Sunday, 16 August 2015

Heart miliku,Anugerah DariNya



Disini letaknya sebuah cinta,
Disini terukirnya secebis dendam,
Disini tertulisnya secawan kemanisan
Disini jua tersembunyi akan segala macam perasaan.


Terbitnya keinsafan,Kesedihan jua kekesalan..

Hati adalah raja.
Yang menjadi pemerintah dulu,kini dan selamanya.

Sinarilah hati ini dengan sinaran ilmu,
Sucikanlah hati ini dengan bacuhan zikrullah,
Basahkanlah hati ini dengan muhasabah yang basah.
Pedomankan hati ini agar teguh kukuh berdiri dengan Al Quran dan Sunnah.

Agar ia sentiasa menjadi raja yang berjiwa nuraini,
Yang mampu memimpinmu melangkah ke Syurga Firdausi.
Yang kukuh berdiri walaupun dipalu bertubi-tubi..

Semoga Allah sentiasa memimpin hati-hati kita ke jalan DiredhaiNya.